Isnin, 22 Februari 2010

CERITA HANGAT DARI MASJID KAMPUNGKU......

Bermula malam 1 rabiulawal,macam biase bacaan berzanji akan dibacakan oleh org2 kg. kat masjid.
hari tu berzanji sekejap je... lps tu ade ceramah sikit.ape lg ku curi2 dengar lah dr rumah...heh3x.

antara isi2 ceramah:
1}Mengenai Mengutuk
-trdapat satu laman blog yg dimana penulisnya tlh mengutuk2 sultan yg baru meninggal dunia(tau2je lah sultan mane).dan ada org buat laporan polis mengenai kutukan tersebut.

komen ustaz:buat apa lah nak kutuk2org yg dah meninggal dunia.x de sebarang perubahan pun pd insan tersebut.nak kutuk pun kutuk lah kpd org masih hidup tapi dgn cara yg baik n berhikmah.moga2 ada perubahan kpd org yg dtegur.

-tapii..sblm penulis tu mengutuk sultan, die dah kutuk2 isteri rasulullah dulu tp x de org buat laporan polis pun.....

komen ustaz:kutuk sultan buat laporan polis,tp kutuk keluarga rasulullah x de laporan polis.d sini menunjukkan sejauh mana cinta kita pada rasulullah.saya x larang buat laporan polis kutuk sultan tp sensitif lah trhadap rasulullah dn ahli keluarga nya jgn sampai di perlakukan sprt ini

2]Dlm DAKWAH

-teruskan usaha2 brdakwah jgn putus asa.yg memberi HIDAYAH HANYA ALLAH.jd jgn frus, jgn tension!!!.ada org baru 2x buat aktiviti imarahkan masjid dah x nak teruskan sbb x menjadi.RASULULLAH ajak Abu Jahal 114x supaya k agama ALLAH.

3)Cerita Pasal valentine day

-sbb org sambut valentine day....
   1.sbb si  st.valentino(paderi) jatuh cinta dan nk kawen dgn anak perempuan pegawai penjara.lastly mati dibunuh sbb cintanya.
   2. si st. valentino nih tolong  kawenkan org muda senyap2.waktu tuh, pemerintah negara tuh x kasi sapa2 org muda2 kawen. (anggapan ku: mungkin nk suruh org muda jd tentera kot.... nk luaskan tanah jajahan).pun lastly mati d hukum sbb isu tuh
   3.(cerita yg k 3 ni lg lah menyedihkan ku sbg umat islam) si st. valentino ni gak yg jg pencatur(taiko) keruntuhan ISLAM di Andalusia..... (huh.. jahil sungguh ku rasa sapa umat islam yg menyambut nya).

sbg sesi penggulungan,salam dr Mufti Negeri Perak sambutan valentine day tlh d FATWAKAN
HARAM
diulangi HARAM....!!!!!!!
 jd x yah nak beriya-iya nak sambut nya....

Khamis, 11 Februari 2010

KU BUKAN PENANAM ANGGUR 100%....

KU BUKAN PENANAM ANGGUR 100%
itulah yg ingin ku katakan kpd org yg buat soalan sprt :
tak ambik keje ke????
dgn tenang ku menjawab:
tak,kat rumah banyak keje nak dibuat.(walaupun tak banyak)
yelah rumah kampung yg tak ade keje boleh jd keje.kadang2 pelik juga dengar kawan2 yg lain menderita kebosanan masa cuti kat rumah.ku faham rumah diorang tak mcm rumah ku.diorang duk kat perumahan dll.

klu perasan dah lama blog ni brdebu.he3x dah lama tak menaip.
tngh hibernasi lah tu...-_-
ehh... ku tak tido aje la..suke2 je cakap.
 sebenarnya ku sibuk cari n bace blog kawan2.sbb blog diorang lg menarik.
dlm diam2 ni juga ku mengganyah  gambar dlm adobe photoshop n skrg ni masih dlm proses lg.jd sesapa ade gambr lecana sekolah SMKAKS (dlm format komputer) kasi la kat ku.
tp blh ke nak edit power2 pakai 7.0 punye.skrg ni ku memerlukan guru komputer.sesapa tau ajarkn la mcm mana nk dptkn CS2 dlm internet.klu CS4 lg baguih..heh3x

ni antara imej  yg ku snap n edit setakat ni.nak trasnfer dlm komputer takde scanner,jd trpaksa la pakai kamera 2.1 mega piksel ni.nasib baik tak rosak lagi..


ni masih dlm proses lg sbb x ade fon yg sesuai
ciplak dari sini..
ni yg ku lukisnampak tak ciplaknya...ni yg full size.ni pun edit juga jd foto papan pemuka..plants full with love shape(keladi jerr...)

Selasa, 2 Februari 2010

SUATU MALAM.......YANG GELAP

Harapannya cerita ini menjadi pengajaran...........

Pelajar Lukisan Kejuruteraan(LK) malam ni ada kelas lepas kelas sejarah. Kata guru LK
Waaahhhh.....padat betul jadual malam ni.(dalam hati).

Jadi bergegaslah semua budak LK k bilik komputer dgn pedang,shield(pembaris-T,papan lukis) dan alatn masing2.
ni la brg2 kesayanganku waktu sekolah.skrg x tau nak buat apa dgn brg2 ni
"Haa.... Arifah,boleh tolong cikgu ambikkan poket file dlm bilik LK?".C(cikgu).
"Boleh kot cikgu."jawab dgn penuh keyakinan..
"Kamu tau kan kat mane file2 tu. (yela dah lama tak masuk bilik tu)."C
"Seingat saya dlm almari bilik F1."menunjukkan tau kat mane d simpan
"Nanti saya minta pakcik jaga tolong bukakkn".C
"Ok cikgu.lagipun saya blm ambil brg LK kat kelas"

masa ambil brg............
aku ada meminta seorang kawan(perempuan) menemankn saya utk k bilik LK sbb dah ramai pesan pegi mana jgn sorang2.tapi dia menolak atas sbb tertentu.
aku pun merelakannya sbb dah lambat nak k kelas LK nnt.

masa depan tangga.......
"Ok pak cik jaga dah bukak pagar dah".kata C sambil bg kunci bilik.
aku angguk lalu menerima kunci tu.

masa d blok kejuruteraan.....
MySpace
hati aku rasa lain macam.rasa takut menyelubungi diri.tapi aku cuba melawan secara optimis.."alah bukan tak biasa pegi situ, selama ni buat keja F1 sorang2 boleh....insya allah blh.boleh3x!!!!"dlm hati.
aku menyeluk tgn k dlm bilik ckgu Gafar dr tingkap sbb bilik F1 guna kunci lain.

sblm smbung cerita nk terangkan kpd pembaca kedudukn blk F1nya  hujung sekali dalam aras 2,blok kejuruteraan .mungkin mengambil masa 2-3minit kalau berjalan.

sambung citer...masa berjalan d aras 2 blok kejuruteraan.................
dlm hati..."alah bukannya gelap sangat blok ni budak2 tngh perp kat sebelah.pula tu ada org buat construction kat sebelah.kalu jumpe bukan2 jerit jelaaa..."(nak ++kan optimis lagi).
waktu tu tak pandang bengkel bilik Teknologi Kejuruteraan(TK) sbb gelap sangat.nntkang jumpe yg bukan2.

sampai d bilik LK.........
aku masuk,... terus padang suis lampu kat sebelah pintu masuk.Aku tekan semua suis biar terang seluruh bilik LK.Aku terus bukak bilik F1 dgn segala kemahiran.terus ambil file yg warna hijau(warna febret) tp tak cukup.Aku ambil file pink(sbb ade budak perempuan suka pink).Dah selesai semua terus kunci bilik &tutup semua suis.Brsedia utk keluar.Bila langkah nak keluar je.....
MySpaceTiba2 datang seekor anjing hitam belari pula tu k arah aku yg jaraknya +-3meter dr aku.Secara Automatik menjerit lah aku.Agaknya satu blok sekolah bleh dengar suara aku macam plantun kawad.Anjing tu masih lari lg k aku.Aku teringat mak aku cakap klu anjing datang takutkannya aje.Aku cuba beranikan diri menghalau anjig beberapa kali tp tak brkesan.Akhirnya anjing tu belok dan turun k tangga yg x boleh d buka pagarnya.Aku masih terkaku memikirkan macam mana nak keluar.Tiba2 budak laki form 4Hidayah yg kelasnya setentang dgn bilik LK tanya apa yg brlaku.Aku cakap ada anjing hitam kejar aku dan tanya diaorang balik ada anjing tu ada tak kat tangga.Diaorang cakap tak ada.Aku fikir mustahil anjing tu dapt keluar sbb ruang pagar tu kecil je, mana boleh tembus.Tanpa fikir panjang,aku terus langkah seribu.Kalau tak nnt kena kejar anjing tu balik.Lari hingga keluar dr blok tu sampaikn tak sempat nak pulangkan balik kunci bilik F1 tu.
Di pendekkn citer........
Aku masuk bilik komputer dgn brjln trhuyung-hayang.Terus duduk kat tmpat aku tanpa mmberikan file tersebut kpd cikgu. Kawan kat sebelah cakap"weh bagi lah file tu kat cikgu".Aku hanya tunduk dan tanganku masih menggeletar macam kena pakinsen.Aku dapat rasa yg cikgu memandang pelik kat aku sbbnya selalu masuk kelas LK muke aku ni ceria je macam org lain.Cikgu pun datang kat tempat aku ambil semua fail2 tu.Lepastu tanya kat aku ok k tak.Aku pun cakaplah kena kejar anjing hitam.Cikgu cakap "cikgu bukan tak nak bagi kat org lain tp cikgu hanya percaya kat kamu yg tau selok belok kat mana benda tu d simpan".Aku mengangguk perlahan & dlm hati aku "takpe la cikgu benda dah berlaku nak buat macam mana."
Aku &kawan2 meneruskan kerja kursus.Cikgu agihkan file kat semua org.Sampai turn aku,cikgu cakap" arifah ok.nah cikgu bg warna pink utk kamu"(nak memujuk).Aku angguk isyarat ok walaupun tangan menggeletar pegang pensil LK.Tak lama selepas tu aku tukar file dgn kawan yg minat pink tp dapat hijau sbb aku lebih minat hijau.
masa akhir kelas................
MySpaceKawan yg tak jadi temankan aku meminta maaf.Aku memaafkannya.Nak buat apa benda dah berlaku.......Nasib baik tak jumpa yg bukan2.

KESIMPULANNYA.........
1)Tuu..laa..kan org dah cakap org perempuan tak elok jln sorang2 waktu mlm2
2-mungkin sbb aku tak baca ma'thurat hari tu(sibuk sangat kerrr...)
3>yg ku pasti ALLAH nak uji ku setakat mana keberanian terhadap mahluk allah
4]lain kali gi mana2 ingat ALLAH
5}sendiri lah fikir2kan dan renug2kan
                                                                 -_-