Selasa, 2 Mac 2010

pegi ke pahang.

JUMAAT yg lalu kami sekeluarga ke KERATONG,PAHANG sbb ade abang sedara nk bertunang,hanya kakak ku yg k-2je tak pegi sbb busy sangat.perjalanan selama 5jam dgn kete.tp baru smpai Serembam suhu kete naik panas.huh, sampai berasap bonet kete tuh.nasib baik tak mati tngh2 lebuh raya.jadi kami pun berhenti kat R&R Seremban.tapi memang dah pakat dgn sedara nak singgah kat situ jap.bile di periksa rupa2nya besi yg salurkan air dr hos penyejuk enjin bocor,sbb tulah enjin cepat panas,air tak de nak sejukkan.untuk tampal kebocoran tersebut dlm masa singkat,terpaksa guna soletip hitam yg tebal sikit sbb tuh aje yg ada pada mekanik cina yg tiba2 datang kat kete ayahku.sementara tuh solat jamak magrib dan isyak dulu lah kat situ.

dah selesai,kami sambung jalan bajet nak baca buku tp dah malam.sampai di negeri 9,ayah dn kakakku berharap tak lalu jalan raya Bukit Putus.ku tanya knape.kakak ku kata jln kat situ lagi dasyat,bengkang-benkok pastu sempit,ku tak dapat bayang kedasyatannya sbb dah lama tak pegi situ.tp sekarang dah ade jln baru, jd tak de la lalu situ.

sampai je kat PAHANG ku lihat kiri kanan hampir semuanya adalah ladang kelapa sawit.lagi2 klu baru tanam semula,wah, seluas saujana memandang itu lah kelapa sawit.dr lereng bukit sampailah ke puncaknya.walaupun waktu tu dah malam gelap.
lebih kurang mcm dlm gamba nihh

mlm tu tidur kat rumah saudara sebelah emak,esoknya pegi rumah tunangnya untuk merisik.pum-pang2 dah setel semua.pegi rumah tok sedara,ayah ku cakap kena pegi sbb nak jaga hati tok sedara.,dan tupang solat kat situ.
lepas tu keluarga ku sahaja pegi k rumah sorang cikgu d bandar Muazam.ayah teringin sgnt sbb dngar citer cikgu tu ada ladang sendiri.sementara ayah pegi tengok ladang dgn cikgu tu,kami sekeluarga duk kat rumahnya.ayah citer,ladang sebesar, ada 2 kolam ikan,ada tanah lapang khas untuk ternak kambing.ladang tu tak semuanya tanah sawit,lebih kpd buah buah2an.lepastu ternak ayam kampung,tp x buat reban lepaskan macam tu je ayamnya.elok je ayamnya kat dlm pagar x kena curik org.jd pokok buah yg membesar x perlu baja sbb dah ade baja tahi ayam free.nak tau sbb kenapa hasilnya x kena ambik org lain.....
sbb cikgu tu ada bela anjing hitam 2 eko tp jenis yg bulu lebat.dlm fikiran ku org bela anjing ni selalunya bukan org islam sbb rasa payah pulak nak sertu klu kena.tp cikgu tu islam,melayu.mcm mana dia bela anjing tu...
cikgu tu sebenarnya bela anjing tu dari kecil lg.di ajar dan dilatih.ku pun x tau mcm mana cikgu tuh jaga anjing tuh.lagipun ajing mcm tu jenis yg jinak sikit dgn org.

akhir sekali pegi rumah saudara sebelah mak kat nun estet hak milik persendikrian sana.dari jln raya besar nk sampai ke situ,kena lalu jln tanah merah 12 kilometer yg dikelilingi ladang sawit.pastu barulah jumpa jln bertar.tp dah banyak berlubang.tu pun masuk dlm lagi baru jumpa perumahan.tak dapat bayang klu tngh mlm tiba2 kenderaan mati kat tngh2 jln tuh,x seram dgn keadaan gelap dikelilingi pokok sawit je......waktu jln kat situ tiba2 suhu enjin naik panas lak.alhamdulillah sempat sampai kat podok guard estet perumahan sedara ku.tak lama lepas tu datang sedara ku baru balik dr bandar Muazam sbb beli barang asrama anaknya.huh laju betul dia bawak kete kat jln tnh merah,mcm racing raily art lak.jd tumpang solat kat rumah sedara sementara menunggu kete ayah elok.
masa kat rumah ku ada sembang pasal sekolah.klu dah duk jauh kat sini ada sekolah ke kat dlm estet ni.sedara ku jwb kene pegi sekolah kat pekan bangun pagi2 6.45pagi dah kena tunggu bas datang.klu dulu kat dalam sana lagi 6.15 dah kene tunggu bas.dlm hati ku "ya allah, jauh betul".klu ku 6.30 baru nk bagun pagi.ku sepatutnya lebih bersyukur sbb rumah dekat je dgn masjid dan sekolah

mlm tu balik  rumah juga sbb esok dah hari ahad,adik ku nk balik sekolah.kakak lak nak balik wangsa maju,isnin dah keje. sampai rumah pukul 3pagi.sbb ngantuk sgnt tak mandi lah ku sampai k esok pagi..

"boleh ko tahan tak mandi" kakak ku kata.yela2 nnt ku mandi lerrrr..........dgn nada selamba.

Tiada ulasan: