Selasa, 29 Disember 2009

KATA-KATA TARBIYAH

Lihatlah jauh ke dalam DIRI,bukakanlah HATI...Apakah tujuan sebenar kita diciptakan oleh ALLAH di DUNIA ini?

THOLABUN ILMI
YA ALLAH
AJARKANLAH KAMI BAHAWA BELAJAR INI
BUKAN UNTUK SESIAPA
TETAPI HANYA KEPADA MU
BELAJAR INI BUKAN UNTUK DIRI
BAHKAN UNTUK SELURUH UMAT RASUL MU
BELAJAR INI BUKAN UNTUK SAAT INI
BAHKAN UNTUK SEPANJANG ZAMANMU
AJARKANLAH KAMI APA-APA
YANG KAMI TIDAK TAHU TENTANG ILMU MU
INGATKANLAH KAMI APA-APA
YANG KAMI LUPA TENTANG MU
REDHAILAH SETIAP LANGKAH KAMI
KERANA KEPADA MU KAMI AKAN KEMBALI....
AMIN....
dr:Fathin binti Abdul Rahim
     Darul Quran.

DALAM PERSAHABATAN
Jika kamu menadah Air
Biarlah berpada
Jangan terlalu mengharap pada takungannya
Dan janganlah mengharap ia begitu teguh
Cukuplah sekadar keperluanmu

Bila sekali ia retak
Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula
Akhirnya....ia dibuang
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya
Mungkin ia boleh dimanfaatkan lagi


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang
Terimalah seadanya
Jangan kamu terlalu mengaguminya
Dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa
Anggaplah dia insan biasa


Bila sekali dia lakukan kesilapan
Bukan mudah untukmu menerimanya
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya
Sedangkan jika kamu memaafkannya
Kemungkinan hubungan kamu akan
Terus hingga ke akhirnya.......

2 ulasan:

QueAe berkata...

hye~!!!
kak arifah ye ni?? :)

Mencari Nur berkata...

dah makan tauhu;
makan tempe pula;
dah tahu;
pura2 tanye pula....

ye ni ukhti le ni