Ahad, 2 Mei 2010

perasaan ku ini

tiada kata lain yg dpt ku ungkapkan lagi setelah melihat keputusan UPU.hanya.......... arghhhh!! sedih nk cerita kat blog ni,dan ku tak mahu orang lain sedih juga baca post nih.cukuplah sekadar ku menitskan air mata kat depan laptop nih.masa mula2 semak sedih kat hati aje.start cakap kat keluarga yg ku x dpt ipta, menitis air mata ku.ku rasa seolah-olah mensia-siakan usaha mereka.
hanya kata2 ni sahaja dapat menegur hati ku
ALLAH kata JADI, maka JADILAH.sudah tercatat takdir ku,ku tidak layak menerimanya lagi.buat apa ku nk meratap lak,bukannya boleh ku dapat balik.
so, NUR you must accept this.
sebenarnya ku sedih juga dgn seorang sahabat ku ni,dia pun tak dpt IPTA tapi dia dpt matrik di MELAKA,tahniah sahabat & rakan2ku semua yg berjaya ke sana.semoga ALLAH melindungi,merahmati,memberkati,meredhai anda semua.
kpd yg tak dpt mana2,ayat dah basi nih juga yg ku nk ucapkan :sama2lah kita sabar dan redha menerimanya(hua...kita senasib).

however ku masih tak puas hati dgn kerajaan buat borang nih.
nk buat e-rayuan.tiba2, blank screen.........
hoit!!!.. mcm mana ku nk buat rayuan nih.memanglah lap top nih dah lama.tp agak2 lah klu sistem borang nak moden pun.bukan ku sorang je.ramai lagi yg macm nih.dulu pun kes mcm ni gak.nk isi IPTA yg layak ku ambik,yg keluar blank screen...-_-.pikir la juga org yg hanya ada komputer cabuk mcm ku nih.harghhh!!! geram tahap HARIMAU dah nih. sabar2....

bila terbang ke blog 'amirah (khai-horay).post dia menyentuh hati ku.tapi sekejap je.nnt dtg balik perasaan tak keruan nih.

arghhh... ku sudah berhenti mengharap dan berharap terhadap semua keinginan ku.kehidupan dunia ini semuanya ilusi,ilusi,ilusi

Khamis, 15 April 2010

KOMA [____,____/\_____,_____/\_____]

____Bismillahirrahmanirrahim____
betul juga org kata,bila seseorg itu tngh high stress,high presure tension,dll yg seangkatan dgnnya.menjadikan seseorg itu akan melakukan sesuatu prkara diluar tindak-tanduk manusia(ahamdulillah ku tak kesampai situ,cuma melanjutkan tidur sampai 10 jam sahaja).brdasarkan tajuk post kali ni.inilah keputusan ku yg terakhir.KOMA,
ya.. meng komakan blog ni,brbanding sblm ni,nk menokhtahkan blog(end for this blog).serius!!!mcm akhir ayat ada nokhtah.alhamdulillah hati ku trasa nk mengkomakannya berbanding menokhtahkannya,krn 1}ukhuwah 2}ilmu.
sememangnya sampai satu masa ku akan menokhtahkan blog ni.sama ada dlm masa terdekat/jauh sahaja.

antara sbbnya:
1-malas nk turn on laptop.gerrrr tensen ku.setiap kali ku pasang je kata ku main komputer.padahal ku baca blog,buang mana yg tak perlu(sbb lembab sgnt laptop nih,tensen la...),edit skeching.adik ku tuh bukak fb ntah ngarut apa2 tah,pastu main game dlm fb,x pulak kata main....gerrr!!!geram tahap singa dah nih.
2-kata ku bukak lama2.memang lah lama sbb laptop buffering nya lama.klu nk cepat bg kat ku laptop baru n canggih punya,senang cerita....
3-dah mula berputus harapan trhadap material yg ku inginkan.mungkin sbb duniawi.ku x dpt2 lg smpai sekarang.
4-dah x de org nk baca blog ni lg dah....bukak2 mcm x hidup je blog nih.
5-surat ipt dah sampai dan masih ada dlm perjalanan.
jd itu sahajalah alasan ku,mungkin tambah lg kut,

akhir sekali nk ucapkan terima kasih kpd:
atira hamdani(raudatul mahabbah)
fathin farhana(atenhana)
maisara sofea(lil caliph)
khairunnisa a.k.a. anis(anis ladolcevita)
as-syuhada(bicara seorang hamba)
sumaiyah(guane niey dok paham sehabuk,yg the latest: lalalalala)
maiza(qisya batrisyah)
'amirah(khai-horay)
miznuram(follower)
syahida masri(....)
hafizah(hidup untuk memberi)
mas affan rifaki(hidup itu manis)
farah khalida(follower)
muzaffar ikhwannul muslimin(kepimpinan islamiah)
aisyah masran(follower)
canang (follower)
rangkaian hidup dan kpd sesiapa yg tlh trlibat secara lansung atau tidak kpd blog ini.
terima kasih kpd semua.krn tlh menjadi pokok2,bunga2 dan lebah(menghidupkan suasana) untuk taman(blog) ini.
lambaian terakhir dr ku. wailal liqa' semua.

Khamis, 1 April 2010

SAYA PERLUKAN NASIHAT

kepada penggemar membaca buku mcm as-syuhada, maisara, amirah, maiza, khairunnisa', sumaiyah, dll. mungkin yg seangkatan dgn mereka boleh tolong ku kut,ataupun sesiapa ajelah.ku ni bukan tak minat baca buku,tapi...minat membaca ku kpd buku tertentu sahaja.selalunya buku yg ku baca mengambil masa yg lama untuk di habiskan / paling terukpun, tak habis baca buku.lagi2 buku yang penuh dgn tulisan sahaja,tak ada gambar sekeping pun/gambar yg hitam putih je....tp komik lain cerita lah.

antara masalah2nya :
1-bila baca, buku itu yg baca ku balik(tertidur).ni masalah yg selalu berlaku kpd ku.
2=mengambil masa yg lama untuk menghabiskannya.sampai suatu masa kawan ku berkata."kau ni membaca ke mengeja".
3~membaca berulang-ulang kali untuk memahami isi kandungannya.sampai satu perenggan yg besar tu, baca 5x baru faham.paling lama 10x.itu pun terpaksa......
4.bila nak exam, baca buku dah nk last minute baru boleh masuk dan fokus.tp x kepada betul2 last minute ye.....
5]buku cerita,klu ada unsur x terlalu serius sangat / x mengarut / ada kene-mengena dgn kehidupan, boleh kut.
6}x minat baca buku selain bahasa melayu.tidak termasuk al-qur'an ye...sbb al-qur'an blh bertaranum sikit dan sedap dihalwa telinga.klu baca buku biasa sedap ke nk dilagukan
7>novel cinta even islamik sikit.....terus alihkan pandangan.pegi cari buku lain yg islamik ke,sains ke,komik ke.
mungkin perkara2 di atas menjadi masalah ku kpd buku2 yg seangkatan dgn nya seperti buku kitab lama2.mcm mana nk jd ilmuan islam ni, klu bnyk buku x minat baca....
banyak kali dengar "membaca jambatan ilmu","membaca jadikan budaya"/ yg lebih islamik "bacalah krn membaca adalah wahyu pertama".tp mcm tak meresap je ke hatiku.
masa cuti2 ni x de lah melangut je sprt kata2 kakak ku,dan dikala orang lain pegi book fair kat pwtc tu. ku dah separuh lebih muka surat ku mmbacanya.
jd inilah buku nya

tp yg sebelah kanan je dah habis baca, yg sebelah kiri tu tak terbuka hati lg untuk membacanya.
kepada penggemar membaca novel, mungkin novel 'ayat2 cinta' baru dikatakan novel, sbb lebih tebal drpd novel 'hari2 dlm hidupku'.
p/s:hanya kata2 motivasi yang lembut dan membina dapat hatiku terima.bukan yg tiada motiv apatah lg yg dah basi(lawyar buruk) sprt "fokus boleh beli kat kedai"......klu boleh dah lama ku beli kat kedai x de la susah2 nk taip kat blog ni

Rabu, 17 Mac 2010

Ya ALLAH.... ku X tau nk mintak ambil(jurusan) apa?

subhanallah....kepala ku dah berpusing balik.bila buka portal IPTA.X tau nak ambil yg mana satu.nnt klu ambil yg ni nak ke IPTA tu terima ku.(brdasarkan result n ko-ko).ku ni X de la genius sangat n X de activ sangat dlm activi luar akademik.Ya ALLAH bantu lah hamba mu ini....

pernah luahkn kata2 untuk ambil jurusan perkomputeran.tp kakak yg k-2 kata knapa nk ambil jurusan tuh, kau kan blh skor lukisan kejuruteraan.jd la arkitek k? jurusan ni budak sekolah biasa pun dapat.

ku bukan apa.ku X minat lah nak design2 ni.sbb minda ku menjd kreatif hanya pd masa2 trtentu shj n limited edition.pastu blur dgn benda2 tuh.

lagi2 tarikh upu mcm dah nk sampai limit je.wah!!! jiwakacausukmakacau jd nya.nk taip pun dah X betul dah.

klu sapa ada information pasal jurusan ni diminta,diharap,diperlukan sangat10000x untuk komen dan berikan pandangan anda semua;
jurusan:                     diploma
                =teknologi pembuatan            =juru ukur bahan         =pengajian islam(syariah)            =pengajian islam(usuluddin)           =pengajian islam(al-quran & as-sunnah)        =pengajian islam(pentad islam)
        minta ceritakan pasal
 -tamhidi tu apa? yg ada kat USIM

teringin rasanya nak sambung belajar kat dua universiti ni

Jumaat, 12 Mac 2010

INGAT KPD SEMUA!!! SBLM 30/3/2010

Haaa.... keputusan memang dah keluar.kpd sapa2 yg blm ambil result,sila cepat2 ambil.sekarang semua permohonan secara online dan cara permohonan lain sikit sbb SPM dah pakai gred mcm IPT (cikgu kata).jd sila semak balik borang UPU utk fasa k-2 ni for further study.toib,semoga berjaya dan dberkati ALLAH atas usaha anda semua.

pada ruangan ni ku ingin bersyukur kpd ALLAH atas segala nikmat yg tlh dikurniakan.terima kasih kpd mak,ayah,guru2,rakan2,keluarga dan mereka yg terlibat secara lansung atau x.klu nak tulis nama, panjang pula rasanya atas bantuan, dorongan dll dlm pendidikan saya.tanpa izin ALLAH dan bantuan anda semua sapa lah ku ini.
kpd yg berjaya TAHNIAH,yg kurang tu, X PUTUS ASA.mungkin rezeki anda ada d tempat lain.tidak sekarang, masa depan.tidak d dunia, d akhirat nnt.

mcm mana result ku??
result ku alhamdulillah,sekadar yg sederhana,tidak lah cemerlang n tak ada yg gagal.

bila tenung2 ada k IPTA yg nak terima ku ni..
pastu gi tanya kat pokok depan rumah
ku: pokok..........,pokok nak ku.
pokok:...........(nur bersyukurlah kpd ALLAH.ingat result catatan amalan lagi besar buat mu nnt,berusaha lah untuk mendapatkan penerimaan dari depan kanan mu,remember that.{hiduplah dgn sebaik2nya utk akhirat})
ku: toib pokok, syukran.
.......................................rekaan semata-mata sbg peringatan ku..................................................

come on, NUR, try fly high to JANNAH with them was feel fly high(as-solihin).never give up in your life.
ALLAH HU AKBAR!!!

Isnin, 8 Mac 2010

CAN ANYONE REPLY TO ME AS SOON AS POSSIBLE

skrg ni memang dah masuk bulan ke-3 dlm masihi.dan keputusan selalu akan keluar pd bulan tersebut.ku tahu memang mcm dah trlambat je nk buat entry ni.
ahhh..!!! malas nk membebel.skrg fikiran ku dah berkecamuk,pulak tuh di++ kecamuknya lagi dgn org kata keluar spm khamis minggu ni,ada pula kata cuti minggu depan baru keluar.AIIII.....mana satu nih...!!!

lepastu belek2 almari baju.
ku: "nk pakai baju yg mana yaa"...tarik satu baju merun.
hati ku: laa... x kan lah nk pakai baju ni ku rasa org dah boring tengok mu pakai baju ni.
ambik baju lain.
hati ku: baju ni mana ada tudung yg macing dgn baju ni.

YA ALLAH, br+++++++tesen ku.

last2.......
hati ku: ha!! ku tau nk pakai baju ape..pakai baju batik sekolah ye...
ku: hah yela tu,blum sampai kat pintu depan rumah dah kene tegur dgn mak nnt.mcm x de baju lain je....

masa nk pegi.
nnt klu dah sampai kuala selangor.sapa lahh yg sudi kutip ku kat busstop nihh bawak gi SMKAKS.T_T
nnt ye sekolah ku nk datang ni

huah...! enyone help me....!



haa... kpd sapa yg belum lepas periksa dan keputusan ku bg gambar ni jelah

Selasa, 2 Mac 2010

pegi ke pahang.

JUMAAT yg lalu kami sekeluarga ke KERATONG,PAHANG sbb ade abang sedara nk bertunang,hanya kakak ku yg k-2je tak pegi sbb busy sangat.perjalanan selama 5jam dgn kete.tp baru smpai Serembam suhu kete naik panas.huh, sampai berasap bonet kete tuh.nasib baik tak mati tngh2 lebuh raya.jadi kami pun berhenti kat R&R Seremban.tapi memang dah pakat dgn sedara nak singgah kat situ jap.bile di periksa rupa2nya besi yg salurkan air dr hos penyejuk enjin bocor,sbb tulah enjin cepat panas,air tak de nak sejukkan.untuk tampal kebocoran tersebut dlm masa singkat,terpaksa guna soletip hitam yg tebal sikit sbb tuh aje yg ada pada mekanik cina yg tiba2 datang kat kete ayahku.sementara tuh solat jamak magrib dan isyak dulu lah kat situ.

dah selesai,kami sambung jalan bajet nak baca buku tp dah malam.sampai di negeri 9,ayah dn kakakku berharap tak lalu jalan raya Bukit Putus.ku tanya knape.kakak ku kata jln kat situ lagi dasyat,bengkang-benkok pastu sempit,ku tak dapat bayang kedasyatannya sbb dah lama tak pegi situ.tp sekarang dah ade jln baru, jd tak de la lalu situ.

sampai je kat PAHANG ku lihat kiri kanan hampir semuanya adalah ladang kelapa sawit.lagi2 klu baru tanam semula,wah, seluas saujana memandang itu lah kelapa sawit.dr lereng bukit sampailah ke puncaknya.walaupun waktu tu dah malam gelap.
lebih kurang mcm dlm gamba nihh

mlm tu tidur kat rumah saudara sebelah emak,esoknya pegi rumah tunangnya untuk merisik.pum-pang2 dah setel semua.pegi rumah tok sedara,ayah ku cakap kena pegi sbb nak jaga hati tok sedara.,dan tupang solat kat situ.
lepas tu keluarga ku sahaja pegi k rumah sorang cikgu d bandar Muazam.ayah teringin sgnt sbb dngar citer cikgu tu ada ladang sendiri.sementara ayah pegi tengok ladang dgn cikgu tu,kami sekeluarga duk kat rumahnya.ayah citer,ladang sebesar, ada 2 kolam ikan,ada tanah lapang khas untuk ternak kambing.ladang tu tak semuanya tanah sawit,lebih kpd buah buah2an.lepastu ternak ayam kampung,tp x buat reban lepaskan macam tu je ayamnya.elok je ayamnya kat dlm pagar x kena curik org.jd pokok buah yg membesar x perlu baja sbb dah ade baja tahi ayam free.nak tau sbb kenapa hasilnya x kena ambik org lain.....
sbb cikgu tu ada bela anjing hitam 2 eko tp jenis yg bulu lebat.dlm fikiran ku org bela anjing ni selalunya bukan org islam sbb rasa payah pulak nak sertu klu kena.tp cikgu tu islam,melayu.mcm mana dia bela anjing tu...
cikgu tu sebenarnya bela anjing tu dari kecil lg.di ajar dan dilatih.ku pun x tau mcm mana cikgu tuh jaga anjing tuh.lagipun ajing mcm tu jenis yg jinak sikit dgn org.

akhir sekali pegi rumah saudara sebelah mak kat nun estet hak milik persendikrian sana.dari jln raya besar nk sampai ke situ,kena lalu jln tanah merah 12 kilometer yg dikelilingi ladang sawit.pastu barulah jumpa jln bertar.tp dah banyak berlubang.tu pun masuk dlm lagi baru jumpa perumahan.tak dapat bayang klu tngh mlm tiba2 kenderaan mati kat tngh2 jln tuh,x seram dgn keadaan gelap dikelilingi pokok sawit je......waktu jln kat situ tiba2 suhu enjin naik panas lak.alhamdulillah sempat sampai kat podok guard estet perumahan sedara ku.tak lama lepas tu datang sedara ku baru balik dr bandar Muazam sbb beli barang asrama anaknya.huh laju betul dia bawak kete kat jln tnh merah,mcm racing raily art lak.jd tumpang solat kat rumah sedara sementara menunggu kete ayah elok.
masa kat rumah ku ada sembang pasal sekolah.klu dah duk jauh kat sini ada sekolah ke kat dlm estet ni.sedara ku jwb kene pegi sekolah kat pekan bangun pagi2 6.45pagi dah kena tunggu bas datang.klu dulu kat dalam sana lagi 6.15 dah kene tunggu bas.dlm hati ku "ya allah, jauh betul".klu ku 6.30 baru nk bagun pagi.ku sepatutnya lebih bersyukur sbb rumah dekat je dgn masjid dan sekolah

mlm tu balik  rumah juga sbb esok dah hari ahad,adik ku nk balik sekolah.kakak lak nak balik wangsa maju,isnin dah keje. sampai rumah pukul 3pagi.sbb ngantuk sgnt tak mandi lah ku sampai k esok pagi..

"boleh ko tahan tak mandi" kakak ku kata.yela2 nnt ku mandi lerrrr..........dgn nada selamba.

Isnin, 22 Februari 2010

CERITA HANGAT DARI MASJID KAMPUNGKU......

Bermula malam 1 rabiulawal,macam biase bacaan berzanji akan dibacakan oleh org2 kg. kat masjid.
hari tu berzanji sekejap je... lps tu ade ceramah sikit.ape lg ku curi2 dengar lah dr rumah...heh3x.

antara isi2 ceramah:
1}Mengenai Mengutuk
-trdapat satu laman blog yg dimana penulisnya tlh mengutuk2 sultan yg baru meninggal dunia(tau2je lah sultan mane).dan ada org buat laporan polis mengenai kutukan tersebut.

komen ustaz:buat apa lah nak kutuk2org yg dah meninggal dunia.x de sebarang perubahan pun pd insan tersebut.nak kutuk pun kutuk lah kpd org masih hidup tapi dgn cara yg baik n berhikmah.moga2 ada perubahan kpd org yg dtegur.

-tapii..sblm penulis tu mengutuk sultan, die dah kutuk2 isteri rasulullah dulu tp x de org buat laporan polis pun.....

komen ustaz:kutuk sultan buat laporan polis,tp kutuk keluarga rasulullah x de laporan polis.d sini menunjukkan sejauh mana cinta kita pada rasulullah.saya x larang buat laporan polis kutuk sultan tp sensitif lah trhadap rasulullah dn ahli keluarga nya jgn sampai di perlakukan sprt ini

2]Dlm DAKWAH

-teruskan usaha2 brdakwah jgn putus asa.yg memberi HIDAYAH HANYA ALLAH.jd jgn frus, jgn tension!!!.ada org baru 2x buat aktiviti imarahkan masjid dah x nak teruskan sbb x menjadi.RASULULLAH ajak Abu Jahal 114x supaya k agama ALLAH.

3)Cerita Pasal valentine day

-sbb org sambut valentine day....
   1.sbb si  st.valentino(paderi) jatuh cinta dan nk kawen dgn anak perempuan pegawai penjara.lastly mati dibunuh sbb cintanya.
   2. si st. valentino nih tolong  kawenkan org muda senyap2.waktu tuh, pemerintah negara tuh x kasi sapa2 org muda2 kawen. (anggapan ku: mungkin nk suruh org muda jd tentera kot.... nk luaskan tanah jajahan).pun lastly mati d hukum sbb isu tuh
   3.(cerita yg k 3 ni lg lah menyedihkan ku sbg umat islam) si st. valentino ni gak yg jg pencatur(taiko) keruntuhan ISLAM di Andalusia..... (huh.. jahil sungguh ku rasa sapa umat islam yg menyambut nya).

sbg sesi penggulungan,salam dr Mufti Negeri Perak sambutan valentine day tlh d FATWAKAN
HARAM
diulangi HARAM....!!!!!!!
 jd x yah nak beriya-iya nak sambut nya....

Khamis, 11 Februari 2010

KU BUKAN PENANAM ANGGUR 100%....

KU BUKAN PENANAM ANGGUR 100%
itulah yg ingin ku katakan kpd org yg buat soalan sprt :
tak ambik keje ke????
dgn tenang ku menjawab:
tak,kat rumah banyak keje nak dibuat.(walaupun tak banyak)
yelah rumah kampung yg tak ade keje boleh jd keje.kadang2 pelik juga dengar kawan2 yg lain menderita kebosanan masa cuti kat rumah.ku faham rumah diorang tak mcm rumah ku.diorang duk kat perumahan dll.

klu perasan dah lama blog ni brdebu.he3x dah lama tak menaip.
tngh hibernasi lah tu...-_-
ehh... ku tak tido aje la..suke2 je cakap.
 sebenarnya ku sibuk cari n bace blog kawan2.sbb blog diorang lg menarik.
dlm diam2 ni juga ku mengganyah  gambar dlm adobe photoshop n skrg ni masih dlm proses lg.jd sesapa ade gambr lecana sekolah SMKAKS (dlm format komputer) kasi la kat ku.
tp blh ke nak edit power2 pakai 7.0 punye.skrg ni ku memerlukan guru komputer.sesapa tau ajarkn la mcm mana nk dptkn CS2 dlm internet.klu CS4 lg baguih..heh3x

ni antara imej  yg ku snap n edit setakat ni.nak trasnfer dlm komputer takde scanner,jd trpaksa la pakai kamera 2.1 mega piksel ni.nasib baik tak rosak lagi..


ni masih dlm proses lg sbb x ade fon yg sesuai
ciplak dari sini..
ni yg ku lukisnampak tak ciplaknya...ni yg full size.ni pun edit juga jd foto papan pemuka..plants full with love shape(keladi jerr...)

Selasa, 2 Februari 2010

SUATU MALAM.......YANG GELAP

Harapannya cerita ini menjadi pengajaran...........

Pelajar Lukisan Kejuruteraan(LK) malam ni ada kelas lepas kelas sejarah. Kata guru LK
Waaahhhh.....padat betul jadual malam ni.(dalam hati).

Jadi bergegaslah semua budak LK k bilik komputer dgn pedang,shield(pembaris-T,papan lukis) dan alatn masing2.
ni la brg2 kesayanganku waktu sekolah.skrg x tau nak buat apa dgn brg2 ni
"Haa.... Arifah,boleh tolong cikgu ambikkan poket file dlm bilik LK?".C(cikgu).
"Boleh kot cikgu."jawab dgn penuh keyakinan..
"Kamu tau kan kat mane file2 tu. (yela dah lama tak masuk bilik tu)."C
"Seingat saya dlm almari bilik F1."menunjukkan tau kat mane d simpan
"Nanti saya minta pakcik jaga tolong bukakkn".C
"Ok cikgu.lagipun saya blm ambil brg LK kat kelas"

masa ambil brg............
aku ada meminta seorang kawan(perempuan) menemankn saya utk k bilik LK sbb dah ramai pesan pegi mana jgn sorang2.tapi dia menolak atas sbb tertentu.
aku pun merelakannya sbb dah lambat nak k kelas LK nnt.

masa depan tangga.......
"Ok pak cik jaga dah bukak pagar dah".kata C sambil bg kunci bilik.
aku angguk lalu menerima kunci tu.

masa d blok kejuruteraan.....
MySpace
hati aku rasa lain macam.rasa takut menyelubungi diri.tapi aku cuba melawan secara optimis.."alah bukan tak biasa pegi situ, selama ni buat keja F1 sorang2 boleh....insya allah blh.boleh3x!!!!"dlm hati.
aku menyeluk tgn k dlm bilik ckgu Gafar dr tingkap sbb bilik F1 guna kunci lain.

sblm smbung cerita nk terangkan kpd pembaca kedudukn blk F1nya  hujung sekali dalam aras 2,blok kejuruteraan .mungkin mengambil masa 2-3minit kalau berjalan.

sambung citer...masa berjalan d aras 2 blok kejuruteraan.................
dlm hati..."alah bukannya gelap sangat blok ni budak2 tngh perp kat sebelah.pula tu ada org buat construction kat sebelah.kalu jumpe bukan2 jerit jelaaa..."(nak ++kan optimis lagi).
waktu tu tak pandang bengkel bilik Teknologi Kejuruteraan(TK) sbb gelap sangat.nntkang jumpe yg bukan2.

sampai d bilik LK.........
aku masuk,... terus padang suis lampu kat sebelah pintu masuk.Aku tekan semua suis biar terang seluruh bilik LK.Aku terus bukak bilik F1 dgn segala kemahiran.terus ambil file yg warna hijau(warna febret) tp tak cukup.Aku ambil file pink(sbb ade budak perempuan suka pink).Dah selesai semua terus kunci bilik &tutup semua suis.Brsedia utk keluar.Bila langkah nak keluar je.....
MySpaceTiba2 datang seekor anjing hitam belari pula tu k arah aku yg jaraknya +-3meter dr aku.Secara Automatik menjerit lah aku.Agaknya satu blok sekolah bleh dengar suara aku macam plantun kawad.Anjing tu masih lari lg k aku.Aku teringat mak aku cakap klu anjing datang takutkannya aje.Aku cuba beranikan diri menghalau anjig beberapa kali tp tak brkesan.Akhirnya anjing tu belok dan turun k tangga yg x boleh d buka pagarnya.Aku masih terkaku memikirkan macam mana nak keluar.Tiba2 budak laki form 4Hidayah yg kelasnya setentang dgn bilik LK tanya apa yg brlaku.Aku cakap ada anjing hitam kejar aku dan tanya diaorang balik ada anjing tu ada tak kat tangga.Diaorang cakap tak ada.Aku fikir mustahil anjing tu dapt keluar sbb ruang pagar tu kecil je, mana boleh tembus.Tanpa fikir panjang,aku terus langkah seribu.Kalau tak nnt kena kejar anjing tu balik.Lari hingga keluar dr blok tu sampaikn tak sempat nak pulangkan balik kunci bilik F1 tu.
Di pendekkn citer........
Aku masuk bilik komputer dgn brjln trhuyung-hayang.Terus duduk kat tmpat aku tanpa mmberikan file tersebut kpd cikgu. Kawan kat sebelah cakap"weh bagi lah file tu kat cikgu".Aku hanya tunduk dan tanganku masih menggeletar macam kena pakinsen.Aku dapat rasa yg cikgu memandang pelik kat aku sbbnya selalu masuk kelas LK muke aku ni ceria je macam org lain.Cikgu pun datang kat tempat aku ambil semua fail2 tu.Lepastu tanya kat aku ok k tak.Aku pun cakaplah kena kejar anjing hitam.Cikgu cakap "cikgu bukan tak nak bagi kat org lain tp cikgu hanya percaya kat kamu yg tau selok belok kat mana benda tu d simpan".Aku mengangguk perlahan & dlm hati aku "takpe la cikgu benda dah berlaku nak buat macam mana."
Aku &kawan2 meneruskan kerja kursus.Cikgu agihkan file kat semua org.Sampai turn aku,cikgu cakap" arifah ok.nah cikgu bg warna pink utk kamu"(nak memujuk).Aku angguk isyarat ok walaupun tangan menggeletar pegang pensil LK.Tak lama selepas tu aku tukar file dgn kawan yg minat pink tp dapat hijau sbb aku lebih minat hijau.
masa akhir kelas................
MySpaceKawan yg tak jadi temankan aku meminta maaf.Aku memaafkannya.Nak buat apa benda dah berlaku.......Nasib baik tak jumpa yg bukan2.

KESIMPULANNYA.........
1)Tuu..laa..kan org dah cakap org perempuan tak elok jln sorang2 waktu mlm2
2-mungkin sbb aku tak baca ma'thurat hari tu(sibuk sangat kerrr...)
3>yg ku pasti ALLAH nak uji ku setakat mana keberanian terhadap mahluk allah
4]lain kali gi mana2 ingat ALLAH
5}sendiri lah fikir2kan dan renug2kan
                                                                 -_-